KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan atlet pecut Muhammad Azeem Mohd Fahmi boleh diletakkan sebagai sandaran pingat emas negara pada Sukan Olimpik suatu hari nanti.
Hannah berkata ia berdasarkan prestasi semasa atlet berusia 18 tahun itu yang memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) miliknya pada Kejohanan Tiger Paw Invitational di Amerika Syarikat, awal pagi tadi.
"Saya sangat bangga dengan pencapaian beliau. Azeem adalah bintang meningkat naik dan diharapkan suatu hari nanti, dia boleh memberikan kita pingat emas di Sukan Olimpik," katanya ketika ditemui pemberita di Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di Stadium Mini MSN Bukit Jalil, hari ini.
Pada perlumbaan berlangsung di Universiti Clemson, South Carolina itu, Muhammad Azeem mewakili Universiti Auburn mencatatkan 6.62 saat (s) pada aksi final untuk menamatkan saingan di tempat kelima, iaitu 0.01s lebih pantas daripada rekodnya yang dilakukannya pada Kejohanan Terbuka Texas Tech, Januari lepas.
Dalam pada itu, Hannah berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mendapatkan peruntukan mencukupi menjelang pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini bagi memastikan lebih banyak kejohanan dapat dianjurkan buat atlet negara, sepertimana dilakukan KOM.
"Hari ini saya datang untuk melihat sendiri kejohanan ini. Ini sesuatu yang kita perlukan, apabila lebih banyak kejohanan dianjurkan, ia boleh membantu kita mengenal pasti bakat-bakat baharu.
"Selain itu, atlet juga boleh menilai prestasi dan memperbaiki ranking mereka. Ini sesuatu saya sedang usahakan menjelang bajet kali ini. Untuk pastikan kita sentiasa mempunyai peruntukan yang cukup untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan," katanya.
Katanya, menerusi sesi libat urus bersama atlet sebelum ini, mereka menyatakan hasrat untuk terlibat dalam lebih banyak kejohanan dalam usaha memperbaiki prestasi masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023
Atlet berusia 18 tahun itu memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) miliknya pada Kejohanan Tiger Paw Invitational di Amerika Syarikat. - Gambar fail
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
PM sifatkan Isreal sebagai kolonial apartheid
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan Israel sebagai sebuah kolonial apartheid kerana melakukan jenayah kemanusian ke atas rakyat Palestin.
Starlink sudah tiba di Indonesia
Bilionair yang juga pemilik SpaceX optimis dengan inovasi perkhidmatan jalur lebar dengan teknologi satelit Starlink yang dicipta syarikatnya mampu memberi capaian internet yang meluas khusus sekali di kawasan-kawasan pedalaman Indonesia. Beliau yang juga merupakan pemilik jenama kenderaan elektrik terkemuka, Tesla dan laman sensasi 'X' kini berada di pulau pelancongan, Bali untuk melancarkan sistem khidmat itu yang turut memberi impak besar kepada sektor kesihatan negara berkepulauan terbesar di dunia itu.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Azeem dipilih penerima Anugerah Khas 100PLUS
Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi dipilih sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022.
DUN Perak lulus Belanjawan Negeri 2023 bernilai RM1.19 billion
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2023 yang memperuntukkan RM1.19 billion pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini pada Rabu.
Jelajah Benua Olahraga Dunia: Azeem bakal beraksi di Jepun?
Azeem menjadi perhatian susulan penamat sukar dalam saingan 200 meter Sukma yang dimenangi pelari pecut Johor, Muhammad Arsyad.
Muhammad Azeem raih tempat kelima di Cali
Muhammad Azeem menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelima dengan catatan masa 10.14s.
Perbincangan destinasi pengajian Muhammad Azeem dalam masa terdekat
Selain Muhammad Azeem, perbincangan tersebut turut melibatkan banyak pihak termasuk ibu bapa atlet berusia 18 tahun itu dan jurulatihnya.
'Usain Bolt Malaysia' ditawar pengajian diploma dan biasiswa di UPSI
Tawaran tersebut bagi mengiktiraf kecemerlangan akademik dan sukan oleh atlet olahraga itu yang memperoleh keputusan 6A dalam SPM.
Olahraga: Muhammad Azeem cipta rekod peribadi baharu acara 100m
Catatan itu memperbaharui rekod peribadi 100m berbanding 10.37s yang dicatat sebelum ini.
'Usain Bolt Malaysia' cemerlang SPM
Pelari pecut negara yang menerima julukan 'Usain Bolt Malaysia' memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Muhammad Azeem mohon maaf atas 'false start'
Muhammad Azeem Fahmi mengakui terlalu kecewa sehingga tidak dapat mengawal emosinya selepas penyertaannya dibatalkan.
Sukan SEA Hanoi: Terlepas gelaran raja pecut, penyertaan Muhammad Azeem terbatal
Skuad olahraga Malaysia gagal mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA ke-31 di sini, selepas penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan.